Friday, June 1, 2018

Aktiviti Kitar Semula Untuk Dunia Yang Lebih Baik.

Amalkan Kitar Semula Untuk Dunia Yang Lebih Indah.


Logo diatas menunjukkan logo Kitar Semula.



Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.






Gambar diatas menunjukkan tong sampah kitar semula.

Setiap warna tong sampah mewakili bahan yang boleh dikitar semula yang berlainan. Di Malaysia terdapat banyak tong-tong kitar semula ini. Melalui cara ini rakyat Malaysia boleh membuang sampah mengikut kriteria tong sampah yang telah ditetapkan. Kesedaran terhadap penggunaan tong sampah ini sangat penting untuk rakyat Malaysia untuk menjalankan aktiviti kitar semula supaya boleh menunjukkan bahawa rakyat Malaysia Prihatin terhadap alam sekitar.

Tong sampah bewarna Jingga :

  • Untuk kegunaan Tin Aluminium, Tin Keluli dan Plastik.
  • Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bebas makanan.
  • Semua jenis plastik sebagai contoh plastik makanan ringan, plastik membeli belah, botol air minuman dan bekas makanan.
  • Tidak termasuk bahan buangan seperti bekas cat, bekas toksik dan bahan buangan daripada makmal.  

Tong sampah bewarna Coklat :

  • Untuk kegunaan bahan buangan kaca.
  • Semua jenis kaca sama ada bewarna atau tidak bewarna sebagai contoh botol kaca minuman ringan, botol kaca vitamin dan botol air minuman alkohol.
  • Tidak termasuk kristal, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam dan kaca bahan buangan daripada makmal.

Tong sampah bewarna Biru :

  • Untuk kegunaan bahan buangan kertas.
  • Semua jenis kertas seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas, katalog, risalah dan sampul surat.
  • Tidak termasuk kertas tisu, kertas katon, kertas minyak dan kertas berlapik plastik.
Tong sampah ini disediakan untuk memudahkan rakyat di seluruh Malaysia untuk mengumpulkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula dengan cepat tanpa menyelongkar dari sampah ke sampah yang bercampur aduk. Dalam masa yang sama penjimatan masa dan tenaga boleh dibuat untuk memudahkan pekerjaan pihak yang bertugas. Oleh itu, inisiatif ini sangat bagus dan perlu diteruskan.

Contoh aktiviti Kitar Semula yang boleh dilakukan :

Guna Semula

Aktiviti guna semula ini merujuk kepada penggunaan semula barangan atau produk yang telah terpakai dengan mengekalkan bentuk asal atau pun mengubah bentuk asal produk tersebut. Bekas-bekas tersebut boleh digunakan sebagai penggantian kepada produk baru. Secara tidak langsung dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian.



Gambar diatas menunjukkan beberapa jenis barangan yang digunakan semula.


Sila click link dibawah untuk tontonan video mengenai Kreativiti Guna Semula Bahan Terpakai.




Berita Tentang Kitar Semula Di Malaysia





No comments:

Post a Comment